cute header free !

assalammualaikum. . pembuka bicara . .
mama rajin-rajin semalam saje buat header untuk blog sendiri. lepas tu seronok-seronok buat la banyak-banyak. rasa macam tak cantik tapi tak tau lah kalau rasa nak amek jelah. mama tak kesah yea sayang :)

dah amek jgn lupa bagitau mama and tinggalkan link blog awak juga yea :)

contoh resume untuk praktikal

penat bila fikir-fikir apa nak tulis dalam resume. disebabkan nak cari tempat posting sendiri yg lebih dekat dengan rumah, so kena lah jugak buat. sebab pihak kolej nak awal. akhirnya geledah jugak lah google search format nak buat resume dengan betul. apa isi kandungan resume yg perlu untuk praktikal. dah jumpa so mama pun start lah buat resume sendiri. first time buat resume sendiri ni, xtau lah ye ke tak ye ke apa yg ditulis tu. bedal jelah :)



apa yg perlu dalam resume semua tu bergantung pada kelayakan individu. kat sini mama ada contoh untuk format resume internship/ praktikal.

: nama penuh seperti dalam kad pengenalan
 : no.kad pengenalan
 : jantina
  : agama
 : bangsa
 : kelayakan (SPM,Diploma / Ijazah )
  : pendidikan
  : pengalaman bekerja ( part time / fulltime )
 : status perkahwinan
  : email
  : kemahiran
  : no.telefon

ramadhan datang lagi


Assalammualaikum W.B.T . .

Alhamdulillah , tak lama lagi kita semua akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan lg. Syukur kepada penulis nasib sebab kita mampu bertemu lagi di bulan yg mulia nanti . Dibulan tu nanti lah kita semua akan mengerjakan cukup-2 bagi sekalian umat Islam ni mengumpul sebanyak mana amalan kan :)

so apa kata kita berkongsi apa tertib dan amalan Rasulullah kita sepanjang bulan Ramadhan ?


keutamaan sahur dan mentakhirkannya selama tidak khuatir akan terbitnya fajar

segera berbuka puasa apabila sudah masuk waktu berbuka

berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka

menjauhi perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa

bersiwak atau menggosok gigi 

bermurah hati dan banyak menderma

menggandakan amalan membaca dan mempelajari Al-Quran

memberi makan untuk berbuka puasa

mendirikan malam dengan solat sunat ( solat tarawaih )

giat beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan

beriktiraf pada 10 terakhir Ramadhan

pesanan ini bukan saje untuk sesiapa yg singgah dan baca entri ni , tapi juga untuk pemilik blog ni.. saye lah :) jadi marilah kita sama-2 beramal . dan selamat menanti kehadiran Ramadhan :)

new look on my blog :)

dah lama tak update blog and sekarang berjinak2 hiaskan blog pulak. jalan2 kat blog orang. banyak jugak dapat ilmu untuk hias2 blog bg cantik :) ada la antara blog2 yg alin lawat yg banyak sangat tutorial tentang blog. so ni la hasil yg alin dapat dari sana. cantik tak :) sebenarnya semalam dah tersilap tuka template blog ni.. so blog jadik kelam kabut dan berserabut sngt2 lah ! ==` dan dcide untuk lawat blog yg tnjuk ajar pasal blog tutorials :) so dah siap :) jum alin tunjuk blog persinggahan kita

==> blog kerana manisnya epal

==> blog Cik Nurfarah

so apa tunggu lagi ? click je pada link diatas dan jum sama2 cantikkan blog.. selamat mencuba :))

5bulan 2minggu 5hari

salam ukhuwah.....

Alhamdulillah.. 5bulan 2minggu 5hari.. seratus tujuh puluh dua hari menjalani kehidupan bersama my lovely 'Mahathir'. seorang insan yang menemaniku saban hari. menjalani hari-hari yang indah dirasakan. kebahagian yang tercipta kerana adanya keizinan dari Allah S.W.T. walaupun dugaan tak pernah berhenti menyelubungi, tapi dengan izinNya juga kami tetap teguh dalam landasan ini. Syukur Ya Rabbi. kekuasaanMu melimpahkan kebahagiaan kepada kami. sungguhpun telah Engkau berikan ujian dalam menguji cinta, tapi kebahagiaan ini tidak pernah pudar. Aku mohon Ya Allah, satukanlah kerinduan ini dalam redha Mu... Engkau permudahkanlah segala urusan kami dalam perancangan mencari redhaMu Ya Rabbi. lancarkanlah bila kami berusaha untuk bersatu demi mencari keberkatanMu. satukan kami dalam membina baitul muslim bersamanya.. Amin Ya Rabbal Al amin.

(rindu kat cuk) (T_T)

lirik lagu penerang hati-6ixth sense ft saujana

Mencinta Mu terangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

tutorial blog

assalammualaikum..
hye kawan... siapa-siapa yang rasa baru lagi dalam dunia blogging ni and tak tahu apa-apa pasal nak hias blog korang, meh alin nak share satu blog untuk semua jenis tutorial berblogging.. semua ada and semua berguna.. see my page ? cantik kan... tak teringin nak blog page cantik macam alin punya ?? (^_^)v

klik kat link ni yea sayang >> http://jombinabelog.blogspot.com/

selamat mencuba !

coretan kenangan kita

bila buka tagged tadi tergerak nak rewind balek kenangan.. kenangan bersama si dia pada awal perkenalan.. waahhh , indah juga kenangan kita kan sayang.. (^_^) banyak jugak tu yang alin jumpa kat tagged.. betul-betul kenangan la kan.. tersenyum sensorang bila tengok balek semua tu.. mencuit hati.. sangat sweet buah hati alin ni kan.... honey , this is for you okay ... just to remember our fresh memories n takkan biarkan ia hilang..









scroll your cursor down more sayang ~





lagi-lagi (^_^)v




thats it.... it is sweet... sayang kamu mucuk !

leave your comments please (>_<)


tips menjadi pasangan yang baik

assalammualaikum.. selamat siang.. now alin nak kongsikan sikit pengetahuan yang alin dapat dari satu blog yang alin selalu follow n main-main kat sana.. kat bawah ni ada tips bagaimana nak jadi pasangan yang baik pada pasangan korang.. scroll down to read it..... (^_^)

1. Terima seadanya
> Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan anda dari terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2. Berkomunikasi secara terbuka
> Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tapi itulah yang mahu di dengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang perlu dielakkan.

3. Aktiviti bersama
> Aktivit bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Anda perlu berhati-hati jika anda seorang yang lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda.

4. Tunjukkan cinta anda
> Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa. Tidak salah jika meluahkan perasaan kasih dan sayang itu walaupun dengan sejambak bunga atau makan malam yang romantis bersama suami/isteri.

5. Kawal perasaan
> Apabila sedang marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu atau meninggikan suara kerana itu hanya akan lebih membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan lebih menghargai jika anda bertenang menghadapi sebarang situasi.

6. Jangan ungkit kisah lalu
> Jangna jadikan kisah lalu sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran. Perlulah diingati bahawa tidak semua orang tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Sebaiknya bersikap terbuka dan memaafkan. Berhentilah mengungkit kisah lalu yang negatif.

7. Kurangkan rasa cemburu
> Setiap manusia tak pernah lari dari perasaan cemburu. Tapi cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan rasa tidak selesa pada diri sendiri selain dari pertangkaran. Sebaliknya hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya terhadap pasangan.

8. Jaga komitmen antara satu sama lain
> Elakkan membuat janji yang tak mamp dipenuhi. Kerana jika ia berlaku akan menyebabkan pasangan kurang keyakinan terhadapi anda. Menjaga kepercayaan merupakan satu komitmen yang perlu dijaga dalam menjalin hubungan yang sihat.

9. Jujur
> Jujur adalah salah satu perkara paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu keran ia adalah satu punca terjadinya perpisahan. Katakanlah dengan tenang tentang perasaan yang anda rasa.

10. Beri layanan terbaik sepanjang hidup
> Layanlah pasangan sebaik mungkin. Sebagaimana romantisnya sebelum berkahwin, begitulah juga walaupun selepas berkahwin. Janganlah mengabaikan keakraban setelah berkahwin. Jadikanlah perkahwinan itu sebagai medan untuk terus mengekalkan keintiman dalam perhubungan anda.

SELAMAT MENCUBA ! >_<

buat dirimu yang bergelar suamiku kelak


Khas buat insan yang akan menemani ku hingga ke akhirnya yang bergelar suami;

Aku akan menjaga setiap langkah perjalananku…
Aku akan menjaga setiap tutur kataku…
Aku akan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain…
InsyaAllah…

Aku akan berhias tuk dirimu…
Aku akan menjaga makan minummu…
Aku akan menjadi permaisuri hatimu…
InsyaAllah…

Aku akan menjadi kekasih yang setia untukmu…
Aku akan menjadi isteri mithali bagimu…
Aku akan menjadi ibu untuk anak-anakmu…
InsyaAllah…

Tapi…berjanjilah untuk membawa aku bersamamu menuju Syurga
Kau menjadi imam bagi rumahtanggaku…
Kau menyayangiku apa adanya…
Kau mencintaiku setelah kau mencintai ALLAH dan RASUL…
InsyaAllah…


Dari kata hati seorang wanita :

Tak minta yang SOLEH , sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat…
Tak minta yang bergelar USTAZ , sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH…

Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada…
Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan…
Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA…

Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya …
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina…
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia…


10 tips komunikasi yang baik dengan pasangan

puas swing-swing kat bloggies orang, dapat jugak macam-macam fakta.. banyak tips yang boleh dipelajari.. meh nak share dengan kengkawan semua.. ni pun saya sendiri boleh manfaatkan.. lets see..
1. Perlu sedar bahawa setiap perselisihan faham tiada mana-mana pihak yang menang atau kalah. Kemenangan adalah terletak pada penyelesaian masalah dan bukan hujah untuk memenangkan diri sendiri. 2. Kompromi atau mendapatkan persetujuan bersama adalah satu alat penting yang membantu dalam menyelesaikan konflik antara pasangan. 3. Pastikan bahasa tubuh ,ekspresi wajah dan nada suara yang digunakan dalam perbincangan adalah selaras dengan mesej yang mahu disampaikan. 4.Jangan sampaikan sesuatu isu yang penting atau serius itu dengan cara berkias. Secara tak langsung menunjukkan anda belum bersedia sepenuhnya untuk mengenengahkan isu tersebut. Sampaikan dengan jelas supaya pasangan tiada rasa curiga. 5. Seandainya anda tidak dapat menyelesaikan masalah itu dengan keputusan muktamad, cubalah akhiri perbualan dengan satu perkara yang positif. Mungkin dapat melembutkan hati pasangan. 6. Jangan sesekali bersikap biadap dengan pasangan kerana ia akan lebih menimbulkan masalah dalam kesefahaman. Sebaliknya cuba menolak dengan baik sekiranya anda tidak bersetuju dengan pasangan. Ini sedikit sebanyak membuatkan pasangan merasa masih dihormati walaupun sedang dilanda masalah. 7. Jadilah pendengar yang baik kepada sesuatu yang cuba disampaikan pasangan dan berikan maklumbalas yang positif. 8. Jika perbincangan berubah menjadi pertengkaran , adalah sebaiknya mencari jalan keluar dari perbalahan itu. Mencari masa untuk masing-masing menstabilkan emosi yang terganggu supaya mendapat pertimbangan yang lebih baik. 9. Fokuskan perbincangan pada masalah yang sedang berlaku tanpa mengaitkan masalah lampau. 10. Melibatkan orang tengah dalam masalah adalah tidak baik dalam satu-satu hubungan. Tetapi sekiranya anda dan pasangan menemui jalan buntu, cara ini mungkin berhasil. info :: pemaniskata.blogspot.com

syukur Alhamdulillah

tadi masa aku on9 kat facebook , ada seorang kawan ni chat aku ..qeela.. bertanyakan aku kat mana sekarang.. maklumlah dah cuti mesti masing-masing balik rumah kan.. tinggalkan asrama untuk sementara.. leka-leka chat tu, tiba-tiba dia mencelah.. 'Alhamdulillah, the best women win, kau dah dapat balik cinta kau sebaliknya aku..' aku tersenyum.. dalam hatiku berbisik, syukurlah... tapi bukan kerana aku lah the best women tu.. itu kerana Allah S.W.T sebenarnya.. mungkin orang dapat menilai kebahagiaan aku.. sesungguhnya hanya aku dan Allah saja yang memahami betapa bersyukurnya aku atas kebahagiaan ini.. Alhamdulillah.. tak sengaja aku tanya qeela, kenapa yunk ? dia menjawab dingin, 'aqila abdul hamid jatuh cinta. then Allah bayar cash apa yang aku pernah buat selama ni.. dan sekarang cinta aku kecewakan aku.. its fair ryte ?' begitulah ungkapan yang terzahir dari mulut qeela.. terkedu juga aku sejenak memikirkan kata-kata qeela tu.. satu kesimpulan yang aku dapat huraikan.. jika baik yang kita semai , baik lah hasilnya.. jika buruk yang kita tanam, buruklah juga yang tumbuh.. kemudian aku tersenyum lagi.. aku terlalu bersyukur kepada Allah kerana semua yang berlaku adalah kehendaknya.. kesabaran dan kekuatanku juga terbayar dengan cinta ini.. cinta kepada Allah juga menguatkan cinta kepada Abang.. berkat kesabaranku , akhirnya cinta itu sendiri datang kepadaku .. semua itu adalah kerana Allah Yang Esa.. aku sedar kerana cinta kepada Abang,aku biarkan takdir menentukan, dan pasrah segalanya kepada Allah.. kerana redha Allah juga, abang mulai sedar siapa sebenarnya yang dia cinta.. syukurlah, akhirnya cinta yang aku lepas demi redha Allah, kembali juga kepadaku.. dan sekarang, Alhamdulillah kami sedang persiapkan satu perancangan untuk masa depan bersama.. InsyaAllah, moga-moga semuanya berjalan dengan lancar.. amin.. qeela sista, harap kamu janganla terlalu bersedih apa yang dah jadi.. sebelum ni aku jugak pernah lukakan hati orang.. kecewakan orang.. dan bila aku dah mula sedar tentang cinta, aku pula dikecewakan.. mungkin agak pedih, tapi itulah hakikat.. tahu tak apa rahsia sebalik semua tu ? itu adalah kerana Allah menguji.. baik untk jadi buruk memang senang sis.. tapi buruk nak jadi baik, Allah akan uji terlebih dulu.. sama ada kita ni benar-benar yakin dan bersungguh atau tidak nak berubah tu ? percaya la, apa yang kita ada sekarang kerana Allah jugak.. mohon Dia untuk sesuatu yang lebih baik untuk kebahagiaan kamu kay ! (>_<)

syukur Alhamdulillah

bersyukur yang tidak terhingga kehadrat Ilahi yang dh banyak memberi aku kurnia dan nikmat anugerahNya yang tak pernah berhenti.. biarpun dugaan datang menimpa silih berganti tapi aku sangat bersyukur kerana aku masih mampu menghadapinya dengan tabah .. alhamdulillah atas kurniaan Mu Ya Allah ........