syukur Alhamdulillah
tadi masa aku on9 kat facebook , ada seorang kawan ni chat aku ..qeela.. bertanyakan aku kat mana sekarang.. maklumlah dah cuti mesti masing-masing balik rumah kan.. tinggalkan asrama untuk sementara.. leka-leka chat tu, tiba-tiba dia mencelah.. 'Alhamdulillah, the best women win, kau dah dapat balik cinta kau sebaliknya aku..' aku tersenyum.. dalam hatiku berbisik, syukurlah... tapi bukan kerana aku lah the best women tu.. itu kerana Allah S.W.T sebenarnya..
mungkin orang dapat menilai kebahagiaan aku.. sesungguhnya hanya aku dan Allah saja yang memahami betapa bersyukurnya aku atas kebahagiaan ini.. Alhamdulillah.. tak sengaja aku tanya qeela, kenapa yunk ? dia menjawab dingin, 'aqila abdul hamid jatuh cinta. then Allah bayar cash apa yang aku pernah buat selama ni.. dan sekarang cinta aku kecewakan aku.. its fair ryte ?' begitulah ungkapan yang terzahir dari mulut qeela.. terkedu juga aku sejenak memikirkan kata-kata qeela tu.. satu kesimpulan yang aku dapat huraikan.. jika baik yang kita semai , baik lah hasilnya.. jika buruk yang kita tanam, buruklah juga yang tumbuh.. kemudian aku tersenyum lagi.. aku terlalu bersyukur kepada Allah kerana semua yang berlaku adalah kehendaknya.. kesabaran dan kekuatanku juga terbayar dengan cinta ini.. cinta kepada Allah juga menguatkan cinta kepada Abang.. berkat kesabaranku , akhirnya cinta itu sendiri datang kepadaku .. semua itu adalah kerana Allah Yang Esa.. aku sedar kerana cinta kepada Abang,aku biarkan takdir menentukan, dan pasrah segalanya kepada Allah.. kerana redha Allah juga, abang mulai sedar siapa sebenarnya yang dia cinta.. syukurlah, akhirnya cinta yang aku lepas demi redha Allah, kembali juga kepadaku.. dan sekarang, Alhamdulillah kami sedang persiapkan satu perancangan untuk masa depan bersama.. InsyaAllah, moga-moga semuanya berjalan dengan lancar.. amin..
qeela sista, harap kamu janganla terlalu bersedih apa yang dah jadi.. sebelum ni aku jugak pernah lukakan hati orang.. kecewakan orang.. dan bila aku dah mula sedar tentang cinta, aku pula dikecewakan.. mungkin agak pedih, tapi itulah hakikat.. tahu tak apa rahsia sebalik semua tu ? itu adalah kerana Allah menguji.. baik untk jadi buruk memang senang sis.. tapi buruk nak jadi baik, Allah akan uji terlebih dulu.. sama ada kita ni benar-benar yakin dan bersungguh atau tidak nak berubah tu ? percaya la, apa yang kita ada sekarang kerana Allah jugak.. mohon Dia untuk sesuatu yang lebih baik untuk kebahagiaan kamu kay ! (>_<)
Subscribe to:
Posts (Atom)