assalammualaikum.. selamat siang.. now alin nak kongsikan sikit pengetahuan yang alin dapat dari satu blog yang alin selalu follow n main-main kat sana.. kat bawah ni ada tips bagaimana nak jadi pasangan yang baik pada pasangan korang.. scroll down to read it..... (^_^)
1. Terima seadanya
> Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan anda dari terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.
2. Berkomunikasi secara terbuka
> Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tapi itulah yang mahu di dengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang perlu dielakkan.
3. Aktiviti bersama
> Aktivit bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Anda perlu berhati-hati jika anda seorang yang lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda.
4. Tunjukkan cinta anda
> Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa. Tidak salah jika meluahkan perasaan kasih dan sayang itu walaupun dengan sejambak bunga atau makan malam yang romantis bersama suami/isteri.
5. Kawal perasaan
> Apabila sedang marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu atau meninggikan suara kerana itu hanya akan lebih membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan lebih menghargai jika anda bertenang menghadapi sebarang situasi.
6. Jangan ungkit kisah lalu
> Jangna jadikan kisah lalu sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran. Perlulah diingati bahawa tidak semua orang tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Sebaiknya bersikap terbuka dan memaafkan. Berhentilah mengungkit kisah lalu yang negatif.
7. Kurangkan rasa cemburu
> Setiap manusia tak pernah lari dari perasaan cemburu. Tapi cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan rasa tidak selesa pada diri sendiri selain dari pertangkaran. Sebaliknya hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya terhadap pasangan.
8. Jaga komitmen antara satu sama lain
> Elakkan membuat janji yang tak mamp dipenuhi. Kerana jika ia berlaku akan menyebabkan pasangan kurang keyakinan terhadapi anda. Menjaga kepercayaan merupakan satu komitmen yang perlu dijaga dalam menjalin hubungan yang sihat.
9. Jujur
> Jujur adalah salah satu perkara paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu keran ia adalah satu punca terjadinya perpisahan. Katakanlah dengan tenang tentang perasaan yang anda rasa.
10. Beri layanan terbaik sepanjang hidup
> Layanlah pasangan sebaik mungkin. Sebagaimana romantisnya sebelum berkahwin, begitulah juga walaupun selepas berkahwin. Janganlah mengabaikan keakraban setelah berkahwin. Jadikanlah perkahwinan itu sebagai medan untuk terus mengekalkan keintiman dalam perhubungan anda.
SELAMAT MENCUBA ! >_<
Hahaha... Baikla sangat...
ReplyDeleteMacam bagus...
ReplyDelete