10 tips komunikasi yang baik dengan pasangan

puas swing-swing kat bloggies orang, dapat jugak macam-macam fakta.. banyak tips yang boleh dipelajari.. meh nak share dengan kengkawan semua.. ni pun saya sendiri boleh manfaatkan.. lets see..
1. Perlu sedar bahawa setiap perselisihan faham tiada mana-mana pihak yang menang atau kalah. Kemenangan adalah terletak pada penyelesaian masalah dan bukan hujah untuk memenangkan diri sendiri. 2. Kompromi atau mendapatkan persetujuan bersama adalah satu alat penting yang membantu dalam menyelesaikan konflik antara pasangan. 3. Pastikan bahasa tubuh ,ekspresi wajah dan nada suara yang digunakan dalam perbincangan adalah selaras dengan mesej yang mahu disampaikan. 4.Jangan sampaikan sesuatu isu yang penting atau serius itu dengan cara berkias. Secara tak langsung menunjukkan anda belum bersedia sepenuhnya untuk mengenengahkan isu tersebut. Sampaikan dengan jelas supaya pasangan tiada rasa curiga. 5. Seandainya anda tidak dapat menyelesaikan masalah itu dengan keputusan muktamad, cubalah akhiri perbualan dengan satu perkara yang positif. Mungkin dapat melembutkan hati pasangan. 6. Jangan sesekali bersikap biadap dengan pasangan kerana ia akan lebih menimbulkan masalah dalam kesefahaman. Sebaliknya cuba menolak dengan baik sekiranya anda tidak bersetuju dengan pasangan. Ini sedikit sebanyak membuatkan pasangan merasa masih dihormati walaupun sedang dilanda masalah. 7. Jadilah pendengar yang baik kepada sesuatu yang cuba disampaikan pasangan dan berikan maklumbalas yang positif. 8. Jika perbincangan berubah menjadi pertengkaran , adalah sebaiknya mencari jalan keluar dari perbalahan itu. Mencari masa untuk masing-masing menstabilkan emosi yang terganggu supaya mendapat pertimbangan yang lebih baik. 9. Fokuskan perbincangan pada masalah yang sedang berlaku tanpa mengaitkan masalah lampau. 10. Melibatkan orang tengah dalam masalah adalah tidak baik dalam satu-satu hubungan. Tetapi sekiranya anda dan pasangan menemui jalan buntu, cara ini mungkin berhasil. info :: pemaniskata.blogspot.com

Post a Comment

tinggalkan comment di bawah :)