buat dirimu yang bergelar suamiku kelak


Khas buat insan yang akan menemani ku hingga ke akhirnya yang bergelar suami;

Aku akan menjaga setiap langkah perjalananku…
Aku akan menjaga setiap tutur kataku…
Aku akan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain…
InsyaAllah…

Aku akan berhias tuk dirimu…
Aku akan menjaga makan minummu…
Aku akan menjadi permaisuri hatimu…
InsyaAllah…

Aku akan menjadi kekasih yang setia untukmu…
Aku akan menjadi isteri mithali bagimu…
Aku akan menjadi ibu untuk anak-anakmu…
InsyaAllah…

Tapi…berjanjilah untuk membawa aku bersamamu menuju Syurga
Kau menjadi imam bagi rumahtanggaku…
Kau menyayangiku apa adanya…
Kau mencintaiku setelah kau mencintai ALLAH dan RASUL…
InsyaAllah…


Dari kata hati seorang wanita :

Tak minta yang SOLEH , sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat…
Tak minta yang bergelar USTAZ , sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH…

Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada…
Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan…
Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA…

Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya …
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina…
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia…


10 tips komunikasi yang baik dengan pasangan

puas swing-swing kat bloggies orang, dapat jugak macam-macam fakta.. banyak tips yang boleh dipelajari.. meh nak share dengan kengkawan semua.. ni pun saya sendiri boleh manfaatkan.. lets see..
1. Perlu sedar bahawa setiap perselisihan faham tiada mana-mana pihak yang menang atau kalah. Kemenangan adalah terletak pada penyelesaian masalah dan bukan hujah untuk memenangkan diri sendiri. 2. Kompromi atau mendapatkan persetujuan bersama adalah satu alat penting yang membantu dalam menyelesaikan konflik antara pasangan. 3. Pastikan bahasa tubuh ,ekspresi wajah dan nada suara yang digunakan dalam perbincangan adalah selaras dengan mesej yang mahu disampaikan. 4.Jangan sampaikan sesuatu isu yang penting atau serius itu dengan cara berkias. Secara tak langsung menunjukkan anda belum bersedia sepenuhnya untuk mengenengahkan isu tersebut. Sampaikan dengan jelas supaya pasangan tiada rasa curiga. 5. Seandainya anda tidak dapat menyelesaikan masalah itu dengan keputusan muktamad, cubalah akhiri perbualan dengan satu perkara yang positif. Mungkin dapat melembutkan hati pasangan. 6. Jangan sesekali bersikap biadap dengan pasangan kerana ia akan lebih menimbulkan masalah dalam kesefahaman. Sebaliknya cuba menolak dengan baik sekiranya anda tidak bersetuju dengan pasangan. Ini sedikit sebanyak membuatkan pasangan merasa masih dihormati walaupun sedang dilanda masalah. 7. Jadilah pendengar yang baik kepada sesuatu yang cuba disampaikan pasangan dan berikan maklumbalas yang positif. 8. Jika perbincangan berubah menjadi pertengkaran , adalah sebaiknya mencari jalan keluar dari perbalahan itu. Mencari masa untuk masing-masing menstabilkan emosi yang terganggu supaya mendapat pertimbangan yang lebih baik. 9. Fokuskan perbincangan pada masalah yang sedang berlaku tanpa mengaitkan masalah lampau. 10. Melibatkan orang tengah dalam masalah adalah tidak baik dalam satu-satu hubungan. Tetapi sekiranya anda dan pasangan menemui jalan buntu, cara ini mungkin berhasil. info :: pemaniskata.blogspot.com

syukur Alhamdulillah

tadi masa aku on9 kat facebook , ada seorang kawan ni chat aku ..qeela.. bertanyakan aku kat mana sekarang.. maklumlah dah cuti mesti masing-masing balik rumah kan.. tinggalkan asrama untuk sementara.. leka-leka chat tu, tiba-tiba dia mencelah.. 'Alhamdulillah, the best women win, kau dah dapat balik cinta kau sebaliknya aku..' aku tersenyum.. dalam hatiku berbisik, syukurlah... tapi bukan kerana aku lah the best women tu.. itu kerana Allah S.W.T sebenarnya.. mungkin orang dapat menilai kebahagiaan aku.. sesungguhnya hanya aku dan Allah saja yang memahami betapa bersyukurnya aku atas kebahagiaan ini.. Alhamdulillah.. tak sengaja aku tanya qeela, kenapa yunk ? dia menjawab dingin, 'aqila abdul hamid jatuh cinta. then Allah bayar cash apa yang aku pernah buat selama ni.. dan sekarang cinta aku kecewakan aku.. its fair ryte ?' begitulah ungkapan yang terzahir dari mulut qeela.. terkedu juga aku sejenak memikirkan kata-kata qeela tu.. satu kesimpulan yang aku dapat huraikan.. jika baik yang kita semai , baik lah hasilnya.. jika buruk yang kita tanam, buruklah juga yang tumbuh.. kemudian aku tersenyum lagi.. aku terlalu bersyukur kepada Allah kerana semua yang berlaku adalah kehendaknya.. kesabaran dan kekuatanku juga terbayar dengan cinta ini.. cinta kepada Allah juga menguatkan cinta kepada Abang.. berkat kesabaranku , akhirnya cinta itu sendiri datang kepadaku .. semua itu adalah kerana Allah Yang Esa.. aku sedar kerana cinta kepada Abang,aku biarkan takdir menentukan, dan pasrah segalanya kepada Allah.. kerana redha Allah juga, abang mulai sedar siapa sebenarnya yang dia cinta.. syukurlah, akhirnya cinta yang aku lepas demi redha Allah, kembali juga kepadaku.. dan sekarang, Alhamdulillah kami sedang persiapkan satu perancangan untuk masa depan bersama.. InsyaAllah, moga-moga semuanya berjalan dengan lancar.. amin.. qeela sista, harap kamu janganla terlalu bersedih apa yang dah jadi.. sebelum ni aku jugak pernah lukakan hati orang.. kecewakan orang.. dan bila aku dah mula sedar tentang cinta, aku pula dikecewakan.. mungkin agak pedih, tapi itulah hakikat.. tahu tak apa rahsia sebalik semua tu ? itu adalah kerana Allah menguji.. baik untk jadi buruk memang senang sis.. tapi buruk nak jadi baik, Allah akan uji terlebih dulu.. sama ada kita ni benar-benar yakin dan bersungguh atau tidak nak berubah tu ? percaya la, apa yang kita ada sekarang kerana Allah jugak.. mohon Dia untuk sesuatu yang lebih baik untuk kebahagiaan kamu kay ! (>_<)

syukur Alhamdulillah

bersyukur yang tidak terhingga kehadrat Ilahi yang dh banyak memberi aku kurnia dan nikmat anugerahNya yang tak pernah berhenti.. biarpun dugaan datang menimpa silih berganti tapi aku sangat bersyukur kerana aku masih mampu menghadapinya dengan tabah .. alhamdulillah atas kurniaan Mu Ya Allah ........